
"Saya berasa amat bangga kerana dapat mengembangkan lagi ilmu agama di sekitar tempat tinggal saya." – Tenaga Pengajar Raudhatul Huffaz
Bagi ramai anak-anak, peluang mendapatkan pendidikan Al-Quran yang lengkap dan berkualiti amat kurang, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai tenaga pengajar mencukupi. Raudhatul Huffaz (RH) hadir sebagai penyelesaian – kelas hujung minggu yang membantu kanak-kanak membaca, memahami, dan menghafal Al-Quran dengan lebih berkesan.
Kini, RH mempunyai 29 kelas dengan 420 pelajar dan 19 tenaga pengajar yang berdedikasi. Teknik pembelajaran tasmik diterapkan agar setiap pelajar mendapat perhatian individu, lebih fokus, dan mampu menghafal dengan lebih baik.
Namun, bagi memastikan kelas ini terus berjalan dan lebih ramai pelajar mendapat manfaat, kami memerlukan sokongan anda!
✨ Dengan hanya RM60 sebulan, anda boleh menaja seorang pelajar untuk mendapatkan pendidikan Al-Quran yang berkualiti di Raudhatul Huffaz.
Setiap huruf yang mereka baca, setiap surah yang mereka hafal – anda turut mendapat bahagiannya sebagai pahala jariah.
Jom taja seorang pelajar hari ini dan bantu mereka menjadi generasi Al-Quran!
Semoga setiap sumbangan ini menjadi bekalan kebaikan yang berkekalan. Amin, Ya Rabb.