
BERSAMA KAMI
DALAM
PROJEK BANTUAN
BARANGAN ASAS
KEPADA ASNAF
TENTANG
Projek Komuniti kami
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) sangat aktif
dalam
projek-projek komuniti
dalam menyampaikan
sumbangan yang dilakukan orang ramai ke tabung komuniti
kami dan seterusnya menyalurkannya
kepada golongan asnaf
yang memerlukan.
Antara Projek Kami Jalankan Termasuklah :-
1) Sumbangan barangan asas
2) Sumbangan barangan sekolah
3) Sumbangan lampur solar
4) Tajaan kelas pendidikan kanak-kanak
5) Tajaan kelas pendidikan warga emas & muallaf
Ini adalah " moment " yang diambil semasa PACU bersama inisiatif lain seperti Raudhatul Huffaz & Projek Tuisyen Ummah turun
menyalurkan bantuan barangan asas kepada penduduk asnaf di kampung.

Turut kelihatan wakil-wakil pelajar Raudhatul Huffaz & Projek Tuisyen Ummah
menemani kami membawa barangan asas

"
Selain pendidikan, kami PACU juga prihatin dengan nasib kebajikan mereka "
Sumbangan yang dikumpulkan dalam tabung komuniti ini akan memberi manfaat kepada hampir 100 keluarga asnaf.
Keluarga yang akan menerima manfaat bantuan ini terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai nelayan, bekerja sendiri, buruh binaan, pengukir batu nisan & kerja-kerja kampung.

"
Melihat sendiri kesusahan mereka didepan mata, mendengar sendiri rintihan suara mereka membuat kami lebih semangat untuk terus melakukan kerja bantuan kepada komuniti asnaf ini "
team pacu

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain "
HR Ibnu Hibban