
BORAK SANTAI
WANITA DAN PUSAKA : KETAHUI ASAS MERANCANG DAN MENTADBIR HARTA KITA
Menyentuh tentang bab pembahagian harta pusaka, tidak dinafikan kebanyakan waris kurang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bagaimana mentadbir harta dengan cara dan kaedah yang betul mengikut syariat Islam.
Ramai wanita tidak kira isteri, ibu ataupun sebagai anak perempuan seringkali berdepan dengan pelbagai isu yang semestinya sangat mencabar apabila melibatkan pembahagian harta pusaka dan cara menguruskannya. Dalam Islam, terdapat peruntukan yang spesifik untuk wanita dalam sistem pembahagian harta secara adil dan sistematik.
Persoalannya apakah waris dan bahagian yang perlu kita ketahui mengikut yang digariskan oleh syariat Islam ? Bagaimanakah merancang dan mentadbir urus harta pusaka yang betul dan adil?
Speaker yang akan bersama-sama kita dalam sesi ini adalah Puan Aini Hafizah Abdul Rahim dan Puan Galoh Munirah Osman, Pengasas dan Partner Tetuan Ainin Abdul Rahim juga merupakan Peguambela serta Peguamcara yang arif akan berkongsi ilmu tentang asas merancang dan mentadbir harta kita dalam Borak Santai, Wanita dan Pusaka. Program ini terbuka kepada lelaki dan wanita tanpa had umur.
Jom daftar dan bersama-sama menambah ilmu baru!
Link untuk mendaftar : https://forms.gle/iUxMM28oRm6DB47o9
Sebarang pertanyaan tentang program boleh hubungi Puan Aiza di talian 019-207 5028.
Jumpa disana!