SUMBANGAN IKHLAS PROGRAM  HARI KELUARGA BERSAMA AL-QURAN



SUMBANGAN IKHLAS PROGRAM  HARI KELUARGA BERSAMA AL-QURAN


Sukacitanya Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) bersama Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, bakal mengadakan   program “Hari Keluarga Bersama Al-Quran” yang memfokuskan kepada objektif utama program ini iaitu meraikan tiga sambutan utama yang memberi cerminan kekeluargaan (Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Bapa) mengikut acuan Islam. Di dalam program yang dirangka, kami akan menyelitkan  aktiviti kekeluargaan seperti berikut;


1. Slot Motivasi Keluarga Ibu Ayah Jom Pimpin Tangan ke Syurga

2. Pertandingan Keluarga Mewarna

3. Amali Asas Silat Hang Tuah

4. Kempen Derma Darah

5. Slot Celik Palestin

6. Pameran interaktif kelas Al-Quran dan Hadis PACU


Program ini inshaAllah akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah anak-anak dan masyarakat awam dengan sasaran seramai 300 orang. 

Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan/puan untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi memeriahkan lagi program yang diadakan. Sumbangan tuan/puan meliputi hadiah untuk peserta pertandingan serta makanan yang disediakan untuk para penggerak program. Semoga dengan sumbangan tuan puan akan memeriahkan lagi program yang dianjurkan bersama komuniti yang hadir. Tuan puan yang berdekatan dijemput hadir!


Untuk menyumbang program Hari Keluarga Bersama Al-Quran boleh salurkan ke akaun berikut:

Maybank :

Per. Kecemerlangan Pendidikan Ummah

5628 3464 2417

Rujukan: Tabung kecemasan PACU



Online Transfer :



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Hari Keluarga bersama Al-Quran
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN