
"Dalam mengharungi hidup yang serba mewah jangan lupakan orang lain yang memerlukan"
Kawasan yang kami usahakan projek ini adalah bertempat di Kampung Suang Kina, pedalaman Kota Belud, Sabah. Mengapa kami menjalankan projek disini adalah kerana ini adalah kerana penduduk disini memerlukan lampu jalan bagi kegunaan harian mereka untuk ke masjid mahupun ke tempat kerja serta laluan ini juga merupakan laluan Utama Penduduk kampung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Dan ini juga kawasan kami sendiri telah lalui ketika membuat edaran daging korban kepada asnaf-asnaf baru-baru ini. Dari situ kami melihat kawasan ini memang memerlukan bantuan Lampu Jalan.
Kawasan ini juga telah sering kerap kali berlaku kemalangan di jalan ini dan juga sebelah pinggir jalan terdapat parit kecil. Bayangkan jika ada antara penduduk di situ terpelanting kedalam parit dan Hospital mahupun Klinik Desa amat jauh dari tempat mereka, apakah ini hanya mahu dibiarkan sahaja ?
Tambahan juga, projek ini juga berfokuskan kepada keselamatan dan kami membuka peluang kepada anda untuk menyertai projek ini dengan cara berwakaf.
Alhamdulillah, sebanyak RM3000.00+ telah disalurkan kepada penduduk kampung bagi pembelian lampu solar serta tiang untuk kegunaan harian penduduk tersebut. Dengan ini kami dari Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang dalam Projek Wakaf Lampu Solar ini. Kami masih memerlukan sumbangan anda semua.

SUMBANGAN DIPERLUKAN
MAYBANK
Per.Kecemerlangan Pendidikan Ummah
5628 3464 2417
Rujukan: lampusolar
Atau Boleh Gunakan Sistem FPX(online transfer) Dibahagian Bawah Borang Ini