PACU KOMITED MELAHIRKAN MUROBBI UMMAH YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN KOMUNITI MELALUI PENDIDIKAN

Alhamdulillah, seramai 21 orang Tenaga Pengajar (TP) Raudhatul Huffaz dan Anjung Insyirah daerah Kota Kinabalu, Kimanis, Beluran dan Pitas telah menghadiri TOT : TP To Murabbi 2.0 pada 11 dan 31 Mei 2024. Program yang telah bertempat di Pusat Komuniti Anjung Insyirah dan DKM Space Kota Marudu ini, telah berjaya memberi latihan merangkumi aspek berkaitan sistem pelaporan prestasi pelajar, kaedah mengajar dan pembelajaran, serta sesi muhasabah. Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan atas sokongan para TP, pelajar, ibu bapa, penaja dan penaja utama kami iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
Sepanjang program ini berlangsung, banyak kisah pahit dan manis yang telah membuktikan bahawa perjuangan PACU disahut sepenuhnya oleh para Tenaga Pengajar. Ada yang menaiki motor selama 6 jam melalui jalan yang gelap dan bahaya, ada yang bertawakal menaiki kereta kancil meredah jalan tidak berturap dengan stereng yang bermasalah, dan tidak kurang juga ada yang terpaksa meninggalkan anak selama beberapa jam dengan pantauan adik beradik yang lebih besar semata-mata supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung.
Inshaa Allah, kami akan singkap setiap kisah yang akan menjadi pengajaran dan motivasi supaya kita terus menyokong perjuangan para TP bersama PACU untuk mengembalikan kecintaan komuniti kepada Al Quran. Teruskan bersama Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah untuk membangunkan komuniti!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, a total of 21 Teaching Staff (TP) from Raudhatul Huffaz and Anjung Insyirah in the districts of Kota Kinabalu, Kimanis, Beluran, and Pitas attended TOT: TP To Murabbi 2.0 on May 11 and 31, 2024. The program, held at Anjung Insyirah Community Center and DKM Space Kota Marudu, successfully provided training covering aspects related to the student performance reporting system, teaching and learning methods, as well as reflection sessions. Praise be to Allah, this program was successfully implemented with the support of the TP, students, parents, sponsors, and our main sponsor, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
Throughout this program, many bittersweet stories have proven that PACU's efforts are fully embraced by the Teaching Staff. Some traveled on motorcycles for 6 hours through dark and dangerous roads, some relied on an old car with problematic steering to traverse unpaved roads, and some had to leave their children under the care of older siblings for several hours just to fully focus on the program.
Inshaa Allah, we will recount each story to serve as lessons and motivation so that we continue to support the Teaching Staff's efforts with PACU to restore the community's love for the Quran. Continue to support the Pertubuhan Kecemerlangan Pendidikan Ummah in developing the community!
Terima kasih menyokong dan terus bersama kami!
Kami yang menjalankan amanah,
Ida