
PENGENALAN
Raudhatul Huffaz (RH) di tubuhkan secara rasminya pada 7 Feb 2014. Kelab ini merupakan organisasi bukan keuntungan yang di wujudkan untuk menyubur dan menyemarakkan budaya menghafaz al-quran. RH mempunyai hampir 40 cawangan kelas di seluruh Malaysia dan sentiasa komited dalam menyubur dan meyemarakkan budaya membaca al-quran dimana sahaja terutama untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan cara konsep seperti takaful iaitu sebarang keuntungan dari sumbangan bulan akan di gunakan untuk menaja pelajar yang miskin, anak yatim, anak-anak ibu tunggal, keluarga kurang mampu, fakir miskin di Semenanjung dan Borneo.
VISI
Melahirkan generasi penghafaz Al-Quran dan Hadith, mantap ibadahnya, peduli dengan isu umat islam, berakhlak mulia serta mengamalkan imu yang diperolehi.
MISI
Melahirkan generasi huffaz Al-Quran berumur antara 4 hingga 15 tahun.
MODUL PELBAGAI DAN MENARIK
Pengisian yang dijalankan dalam kelas mengaji ini mengikut modul yang telah disusun oleh Kelab Raudhatul Huffaz. Modul- modul berikut diajar dalam bentuk teori dan praktikal agar pelajar lebih memahami apa yang dipelajari. Terdapat 2 modul iaitu:
MODUL 1
Tilawah Al-Quran/Talaqqi
Hafazan & Tasmik Al-Quran
Hafazan & Tasmik Hadis
Murajaan/Tadabbur Al-Quran
Hukum Tajwid
Penulisan Ayat Al-Quran
Penilaian Adab Sahsiah
MODUL 2
Aqidah
Fiqh & ibadah
Sirah
Akhlak & Adab
Quran Saintifik
Peradaban Islam
Atlas
Tokoh
Pengetahuan Am
Modul Khas
CAWANGAN DAN JUMLAH PELAJAR RAUDHATUL HUFFAZ
i. Semenanjung
BIL. |
CAWANGAN |
KELAS |
1. |
Selangor |
- Seksyen 16 Bangi |
2. |
Kuala lumpur |
- PQKR Desa Rejang 1 - PQKR Desa Rejang 2 - PQKR Taman Medan 1 - PQKR Taman Medan 2 - PQKR PPR Kerinchi 1 - PQKR PPR Kerinchi 2 |
3. |
Pahang |
- Bukit Rangin 1 - Bukit Rangin 2 |
4. |
Johor |
- PPR Kempas 1 - PPR Kempas 2 |
ii. Sabah
BIL. |
DAERAH |
CAWANGAN |
1. |
Papar |
- Gadong Kimanis - Kg Baru Kimanis - Kinarut Ria 1 - Kinarut Ria 2 |
2. |
Kota Kinabalu |
- Dumpil - Serigai - PPR Keramat - Kg. Baru Luyang |
3. |
Pitas |
- Kg Mapan-Mapan 1 - Kg Mapan-Mapan 2 - Kg. Barasan - Kg. Taka - Kg Ranggu - Kg. Bokir - Kg. Kalumpang - Kg. Pangkalan Mangkapon - Kg. Pondoi - Pekan Lama 1 - Pekan Lama 2 |