10 CARA UNTUK MEMANFAATKAN 10 - HARI-HARI PENTING DI BULAN ZULHIJJAH
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? "Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
Jika ini adalah hari-hari Istimewa yang patut dimanfaatkan semua, bagaimana hendak mula dan apa patut kita lakukan?
Jangan risau, di sini kami cadangkan 10 perkara yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan 10 hari awal di bulan Zulhijjah walaupun tidak menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
1. BERPUASA
Adalah menjadi kebiasaan untuk berpuasa pada hari ke-sembilan Zulhijjah iaitu Hari Arafah, tetapi tahukah adalah sunnah untuk berpuasa pada 8 hari awal juga? Tahun ini, kunci jam untuk bangun sahur setiap hari. Berpuasa mengingatkan kita untuk terus kekal istiqomah dalam mencapai matlamat bagi memanfaat 10 hari di bulan Zulhijjah dengan sepenuhnya.
2. SUCIKAN NIAT
Kesibukan di sepanjang 10 hari bulan Zulhijjah boleh ‘menarik’ masa kita daripada matlamat beribadah. Oleh itu, pasang niat yang bersungguh-sungguh untuk masa beribadah dan perbaharui niat ini setiap hari. Kita akan menjadi lebih rapat kepada Allah jika dipasakkan niat untuk mendapat redha-Nya.
3. BERSUKARELAWANLAH!
Di kala sedang berpuasa, meningkatkan ibadah solat dan bersedekah, peruntukkan juga beberapa jam untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Contoh aktiviti-aktiviti ringkas namun berkesan adalah seperti membantu berkempen untuk mencari dana bagi NGO yang menyantuni masyarakat yang memerlukan, bergotong-royong atau membersihkan telekung-telekung di surau- sebenarnya banyak cara yang boleh kita menyumbang masa dan tenaga untuk keluarga dan komuniti kita.
4. MENINGKATKAN ZIKIR
Jadikan bertahlil, bertakbir dan bertahmid sebagai satu tabiat sehinggakan menjadi kebiasaan kita. Gunakan aplikasi di telefon atau tasbih digital yang boleh bantu kita untuk sentiasa melazimi zikir di bibir dan hati
La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Alhamdulillah.
5. USAHA BERSYUKUR SEBELUM BERSABAR
Bersyukur adalah teras dalam minda setiap Muslim. Bersyukur atas nafas dan nyawa Allah bagi untuk kita terus bertaubat dan beramal. Kebiasaan dalam berasa syukur dengan membuat refleksi atas nikmat yang diberi Allah dan mengucapkan Alhamdulillah akan mengingatkan kita untuk terus memanfaat keseluruhan 10 hari-hari penting dalam bulan Zulhijjah.
6. MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN NAWAFILSABAR
Ibadah solat menjadi kebiasaan seorang Muslim, namun pada 10 hari bulan ini tingkatkan jangkamasa kita bersolat dan memperbanyakkan doa.. Latihan diri untuk mendapatkan nikmat kusyuk ketika mendirikan solat. Tambah rutin harian dengan solat-solat sunat.
7. REFLEKSI DAN BERDOA
Hari ke-9 bulan Zulhijjah, iaitu Hari Arafah, adalah masa untuk betul-betul diisi dengan doa-doa permintaan kita kepada Allah. Oleh itu, khaskan ruang masa dan tempat untuk bersendirian dengan Allah memohon ke hadrat-Nya dengan sepenuh hati. Allah As-Sami’, Yang sentiasa Mendengar doa-doa hamba-Nya.
Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.
WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - JUMAAT - 14 Jun 2024
Zuhur 12:04pm
Maghrib 6:51pm
WAKTU MALAYSIA
8 Zulhijjah - JUMAAT - 14 Jun 2024
Waktu 5:04pm
Waktu 11:51pm
8. MELAKUKAN QURBAN (KORBAN)
Dalam semua cara untuk lebih rapat dengan Allah semasa 10 hari di bulan Zulhijjah, yang paling utama adalah ibadah qurban. Dengan berqurban kita melakukan satu sunnah yang dijalankan oleh Nabi Ibrahim a.s. Daging qurban akan diagih-agihkan kepada masyarakat dipanggil qurbani yang berasal daripada perkataan qurb atau rapat. Oleh itu, kita mohon agar ibadah qurban akan mendekatkan kita lagi dengan Allah.
9. PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA
Lakukan persiapan mengikut landasan Islam iaitu tidak membazir, patuh syariah dan bersederhana sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Jemputlah sanak-saudara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim.
10. BERSEDEKAH
Teruskan bersedekah pada setiap hari, kalau boleh tingkatkan jumlah sedekah kita atau luaskan jangkauan pemberian kita kepada golongan lain yang memerlukan. Kami di PACU mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua bagi memenuhi tabung pendidikan, kebajikan dan operasi kami.
Jika tuan/puan ingin bersedekah dan bersama menyokong perjuangan PACU, boleh salurkan ke akaun tertera atau boleh tekan link seperti berikut;
Maybank :
Per. Kecemerlangan Pendidikan Ummah
5628 3464 2417
Online Transfer :
Semoga Allah mempermudahkan usaha kita untuk mencapai manfaat sepenuhnya pada 10 hari Zulhijjah ini. Semoga usaha kita diterima Allah. Kepada yang belum lagi dijemput untuk menunaikan umrah atau haji, kami doakan supaya tuan-tuan dan puan-puan direzekikan ke sana nanti.
Amin Amin ya rabbalamin.
Yang amat berharap untuk menunaikan haji,
Ida