
"Dalam mengharungi hidup yang serba mewah jangan lupakan orang lain yang memerlukan"
Kita hidup di zaman yang serba serbi sempurna dengan keperluan asas yang lengkap dan kemudahan akses yang cukup. Walaupun begitu tidak semua senasib dengan kita yang mewah dengan sumber makanan dan minuman ini.
Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagaimana mereka hendak terus hidup dengan tenang sekiranya keperluan asas mereka sendiri sudah terganggu.
Hal ini kerana terdapat Tenaga Pengajar di Pusat kecemerlangan pendidikan ummah (PACU) yang mengajar komuniti di pedalaman Sabah masih bergantung dengan air hujan untuk digunakan sebagai bekalan makanan, minuman dan air parit sebagai membersihkan diri.
Apa yang menyedihkan adalah baru-baru ini papan yang menampung beberapa tong tangki besar telah runtuh dan jatuh pecah sepenuhnya. Allahu, inilah tangki yang digunakan untuk menadah air hujan itu. Tiada lagi tempat yang boleh digunakan untuk menadah air bersih.
Oleh yang demikian, mari lah sama-sama kita bantu tenaga pengajar dan keluarganya dengan memberikan tong air baru yang kukuh supaya air bersih dapat disalurkan dengan cepat bagi kegunaan harian.
Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat meringankan bebanan dan mempercepat bekalan tangki baru kepada mereka. Jom bantu saudara kita.
SUMBANGAN DIPERLUKAN
MAYBANK
Per.Kecemerlangan Pendidikan Ummah
5628 3464 2417
Rujukan: Tangki
Atau Boleh Gunakan Sistem FPX(online transfer) Dibahagian Bawah Borang Ini