Terima kasih. Sedekah Anda Sudah Kami Sempurnakan.

"Alhamdulillah, lepas saya bagi duit raya semua nya cakap terima kasih, pelajar yang kecil paling 'excited' ????  . Ada yang mau bagi mama sempena Hari Ibu, ada juga yang mau bagi mama supaya beli lauk di rumah . Ada yang balik kelas mau singgah kedai beli keropok ???? Ada juga yang mau simpan di tabung. Lepastu ada juga pelajar yang kecil ni mau belanja abang sbb selalu menolong." - Cikgu Jihah, tenaga pengajar Projek Tuisyen Ummah (PROTU) di Sabah.




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saudara dan saudari yang budiman,


Syukur Alhamdulillah, kami sudah berjaya mengagihkan semua sedekah dan sumbangan yang diamanahkan kepada kami sempena bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Pada 15 Mei 2024, seramai 398 orang pelajar Raudhatul Huffaz di Sabah dan Pahang pulang ke rumah masing-masing dengan senyuman meleret apabila menerima duit Raya RM5 daripada tenaga pengajar kami. Dengan hadiah RM5 ini macam-macamlah impian indah mereka. Bahagia!

Semasa bulan Ramadan, kami agihkan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk 'belanja' juadah buka puasa untuk para pelajar Raudhatul Huffaz dan Anjung Insyirah di beberapa kawasan pedalaman Sabah bersama guru-guru dan ahli keluarga mereka. Sejumlah daripada sedekah Ramadan juga telah kami belikan barang-barang dapur untuk 80 buah keluarga yang miskin di Kampung Mapan-mapan, Kampung Klagan dan Kampung Tagas-tagas di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kami juga telah melancarkan kempen mengutip sumbangan untuk menampung bayaran upah tenaga-tenaga pengajar Anjung Insyirah. Kempen berbahasa Inggeris ini dilancarkan melalui platform LaunchGood yang mempunyai rangkaian dermawan merentas sempadan. Alhamdulillah, rezeki kami mendapat jana sekitar RM4,000. Namun, yang penting dermawan daripada pelbagai negara menyokong usaha para pelajar dewasa di Anjung Insyirah untuk terus belajar mengaji Al-Quran! Biar satu dunia tahu usaha PACU dalam menghidupkan pengajian Al-Quran dan Hadith.




Jadi, terima kasih diucapkan kepada semua yang setia mendoakan dan menyumbang kepada kempen tabung atau dana PACU. Teruskan bersama kami umpama seorang rakan yang dipercayai dalam melaksanakan niat tuan-tuan dan puan-puan untuk bersedekah bagi meringankan beban orang lain.

Jazakallah khairan.


Yang menjalankan amanah,

Ida


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan Bulanan
Sumbangan Ikhlas Ihsan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN