
Tabung Pendidikan & Kebajikan Keluarga Asnaf ini
adalah bertujuan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan dalam
mendapatkan pendidikan khasnya buat
anak-anak mereka serta memastikan keperluan kehidupan mereka berada dalam
keadaan baik.
Mereka yang kami bantu ini adalah mereka yang berada dibawah projek Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah PACU iaitu Raudhatul Huffaz ( kelas mengaji anak asnaf ), Projek Tuisyen Ummah ( Kelas Tuisyen Anak Asnaf ) & Projek Komuniti Anjung Insyirah (Untuk mualaf & Warga Emas ).
Sanggupkah kita biarkan potensi dan kelebihan mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa bantuan dari segi pendidikan?
Sanggupkah kita biarkan emosi dan pendidikan mereka terganggu kerana hidup dalam kesusahan serta serba kekurangan?
Seramai lebih kurang 500 anak-anak dibawah tajaan
tabung pendidikan ummah yang setakat ini telah mendapat pendidikan secara
percuma serta mendapat bantuan keperluan asas pembelajaran. Alhamdulillah, ini semua dengan adanya sumbangan dari anda
yang dermawan. Semoga anda sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT dimana
sahaja anda berada.
Jom bersama kami untuk membantu mereka mendapat
pendidikan yang sempurna serta menjaga kebajikan hidup mereka agar dapat
mengubah nasib hidup mereka.
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
MAYBANK
Per.Kecemerlangan Pendidikan Ummah
5628 3464 2417
Rujukan: TabungAsnaf